ASSIGNMENT CTU 101

*USTAZAH*


Tajuk :
Temubual dengan seorang ustazah dari segi sumbangannya dalam dakwah dan pengalaman beliau dalam dunia pendidikan.

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101


DISEDIAKAN OLEH:
Siti Norfazilah binti Rosli
No Matrik : 2011234956
Kumpulan: BMD1Bh

PROGRAM:
Diploma Analisis pelaburan
TARIKH HANTAR:
29 Julai 2011






ISI KANDUNGAN



-TAJUK-


-ISI KANDUNGAN-


-ABSTRAK-


-PENDAHULUAN-
-KONSEP-
-PROGRAM &SUMBANGAN-

-MASALAH -
-PENYELESAIAN-

-CADANGAN-


-KESIMPULAN-


-PENUTUP-


-RUJUKAN-



-ABSTRAK-


Tajuk saya adalah mengenai ustaza. Disini menceritakan konsep ustazah dan dakwah yang berkaitan dengan pendidikan. Saya telah menemu ramah beliau. Saya menanyakan pengalaman beliau sewaktu belajar dan beliau menceritakan pengalaman menjadi pendidik, beliau memilih tajuk REMAJA MASA KINI DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN ISLAM kerana beliau melihat dari aspek akhlak dan keperibadian remaja masa kini semakin runtuh. Beliau membincangkan masalah, penyelesaian, sumbangan dan program yang dijalankan berserta cadangan dan harapan beliau terhadap remaja zaman kini.


-PENDAHULUAN-

              Alhamdullilah bersyukur ke hadrat ilahi,dengan limpah kurniannya dan bantuan dari ustaz Abdul Aziz Harjin saya dapat menjalankan suatu tugasan yang telah diberikan sempena semester ini.


            Saya telah memilih tugasan untuk menemubual dengan ustazah yang merupakan saudara saya. Disini beliau menceritakan pengalaman beliau berdakwah dan menjadi pendidik tentang agama iaitu matapelajaran Pendidikan Islam.


          Alhamdullilah saya bersyukur sekali lagi kerana tugasan yang di pilih ini mendapat kerjasama dari ustazah iaitu Noor Azirawati binti Darus yang juga sedikit sebanyak memberi pandangan dan pengalaman beliau tentang pendidikan dan dakwah. Beliau juga mempunyai pertalian darah dengan saya yang merupakan sepupu ibu saya. Kerjasama yamg diberikan melalui ceritanya dari mulut ke mulut lebih mengeratkan silatuhrahim antara kami.


          Melalui temubual ini juga saya dapat mengetahui pengalaman beliau dan cabaran menjadi seorang pendakwah dan pendidik bagi generasi hari ini.

         Akhir sekali saya mengharapkan agar tugasan yang dilakukan memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki.Diharapkan juga agar tugasan yang dipamerkan ini memberi iktibar, pengetahuan dan pengajaran untuk kita semua.

          Saya juga memohon maaf sekiranya ada cacat dan cela atau kekurangan dari tugasan ini.Diharapkan dipermaafkan kerana segala yang baik datang dari Allah swt dan segala yang buruk datang dari kita sendiri.


        Sekian….






-KONSEP-


Ustaz bermaksud guru atau cikgu.
Dalam masyarakat Melayu, ustaz dikhususkan kepada mereka yang mengajar agama atau pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok  dan sebagainya.
Tok guru pula merujuk kepada guru agama yang memiliki kepimpinan rohaniah
Manakala guru agama Islam perempuan pula disebut sebagai Ustazah.


Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

Guru (dari bahasa Sanskrit गुरू) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

-HURAIAN-

BIODATA USTAZAH


                        Ustazah yang saya temu ramah bernama Noor Azirawati binti Darus. Berumur 27 tahun. Beliau sudah berkahwin pada umur 24 tahun iaitu pada tarikh 17 Ogos 2008 dan mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang perempuan dan lelaki yang baru dilahirkan sebulan yang lalu. Beliau telah di lahirkan pada 24 November 1984 di pulau pinang. Beliau berasal dari keluarga yang mempunyai didikan agama yang teguh. Sepertimana ayah beliau merupakan ustaz di Sekolah Agama Harian iaitu madrasah yang mengajarkan pendidikan Fardhu Ain dan merupakan imam masjid di Kampung Sg. Acheh disini. Beliau mempunyai pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh (SKSA) pada sekolah rendah. Dan beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh (SMKSA) dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Manakala selepas beliau mendapat keputusan PMR beliau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Nibong Tebal, Pulau pinang (SMKA). Selepas itu beliau sambung belajar di Matrik (UIA Gombak ) selama 2 tahun dalam bidang Syariah. Selepas itu beliau mengambil ijazah selama 3 tahun di (UIA Gombak) dalam bidang Syariah juga. Tambahan pula, beliau sambung Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di IIUM dalam bidang Pendidikan Islam selama setahun. Selepas beliau menamatkan pengajian, beliau menjadi ustazah di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar selama 2 tahun pada tahun (2009-2010). Tetapi sekarang beliau telah berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi, Pulau pinang pada tahun (2011).


MAKSUD DAKWAH

Dakwah biasanya bererti mengajak kepada Islam. Bahasa Arab دعوة dakwah bermakna secara harfiah “menyeru” atau “mengajak”, dijadikan participle aktif suatu verb bermakna secara pelbagai “memanggil, menjemput” (yang akar trikonsonantal adalah د ع Ùˆ). Seorang umat Islam yang mengamalkan dakwah, sama ada seorang pekerja agama atau dalam suatu usaha masyarakat sukarelawan, digelar suatu da’i, jamak du’at. Seorang da’i menjemput orang untuk memahami Islam melalui proses dialog, dan dapat dikategorikan dalam sesetengah kes sebagai persamaan Islam dengan suatu mubaligh.

PENGALAMAN BERDAKWAH

                        Beliau selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Zi. Kak Zi mendapat pengalaman ketika waktu belajar di UIA Gombak dalam mengikuti persatuan (Dakwah Orang Asli). Kak Zi telah merantau ke Kelantan, Cameron Highland, Negeri Sembilan, dan yang terakhir di Kemboja untuk menyebarkan dakwah. Pada pandangan Kak Zi, sambutan yang diberi sangat meriah oleh orang asli di sana. Mereka menerima kunjungan rombongan Kak Zi dengan mesra. Dari segi masalah dakwah ke atas orang asli ini adalah dari segi persepsi mereka terhadap Islam. Iaitu penerimaan mereka terhadap agama Islam. Dalam masalah dakwah ini, Kak Zi berkata ‘ penyelesaiannya adalah kita sebagai pendakwah perlu mempunyai rasa sabar dan harus mempunyai kretiviti untuk memikat hati penerima dakwah. Kak Zi berkata ‘ Kita kena tengok level seseorang itu pada pandangan Islam. Kita harus mengajar dan memberi mereka pengajaran yang psikologi agar mereka faham dan mempelajarinya.



KAEDAH UNTUK MENARIK PERHATIAN SASARAN DAKWAH

Dakwah melalui pendidikan
Pendidikan Islam sendiri merupakan proses mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai fitrah insaniah. Proses pendidkan Islam ini akan membina akhlak dan membawa kepada kehidupan yang sempurna. Dakwah secara ini perlu merujuk kepada cara dakwah Rasulullah S.A.W semasa di peringkat awal Islam yang lebih memberi penekanan kepada psikologi, rohani dan perasaan.





Dakwah melalui pergaulan
Islam telah menggesa kepada umat Islam umumnya dan para pendakwah khususnya supaya mewujudkan suasana pergaulan yang baik dan menunjukkan jalan yang lurus kepada masyarakat yang belum Islam atau non Muslim. Para pendakwah harus mengenali latar belakang masyarakat yang hendak iseur itu terlebih dahulu supaya dapat melicinkan pergaulan dan proses bermuamalah dengan mereka.


Dakwah melalui ziarah
Ziarah merupakan satu usaha mendampingkan diri dengan non Muslim yang digalakkan oleh Islam terutama di waktu-waktu yang diperlukan seperti apabila mereka sakit, bermasalah, mahukan pertolongan dan seumpamanya. Ziarah boleh melapangkan dada mereka dan memberi ketenangan.

Dalam hal ini banyak ayat Al-Quran yang memerintah umat Islam agar berusaha melakukan jihad dan dakwah. Antaranya ialah : Firman Allah SWT :

Terjemahan : Kamu ( Wahai umat Muhammad ) adalah sebaik-baik umat yang  dilahirkan bagi ( faedah ) umat manusia, ( kerana ) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah ( buruk keji ), serta kamu pula beriman kepada Allah ( dengan sebenar-benar iman ). Dan kalaulah ahli Kitab ( yahudi dan Nasrani ) itu beriman ( sebagaimana semestinya ), tentulah ( iman ) itu menjadi baik bagi mereka. ( Tetapi ) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : Orang-orang yang fasik.
 (Surah ali Imran :110).


-PROGRAM DAN SUMBANGAN-

                        Topik yang dibincangkan disini adalah berkenaan dengan remaja. Tajuk pada topic  yang diberi oleh Kak Zi ialah Remaja masa kini dari persepsi pendidikan Islam. Remaja masa kini berbeza dari segi persekitarannya iaitu sikap dan adab mereka iaitu remaja Bandar dan luar Bandar (kampung). Pada pandangan Kak Zi remaja Bandar tidak beradab jika dibandingkan dengan remaja kampung melalui pengalaman Kak Zi mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi. Pergaulan remaja masa kini, terutamanya remaja Bandar lebih cenderung melakukan aktiviti social yang tidak berfaedah dari segi tingkahlaku dan adab pergaulan mereka. Mereka berpegangan tangan sesuka hati mereka tanpa memikirkan halal haram antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Dalam hal ini, ibu bapa yang banyak memainkan peranan dalam memberi pendidikan agama kepada anak-anak sewaktu mereka kecil. Sesetengah ibu bapa tidak menitikberatkan tentang pendidikan agama terhadap anak-anak. Mereka hanya mengharapkan guru agama disekolah sahaja yang memberikan ajaran agama.


-MASALAH-
                            Kak Zi menceritakan seorang anak muridnya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar, tingkatan 3. Kebiasaanya apabila masok waktu Zohor pelajar sekolah berkenaan diwajibkan solat di surau yang disediakan. Tetapi murid berkenaan ingkar dan Kak Zi bertanya, “kenapa kamu tidak solat seperti rakan kamu yang lain”. Murid berkenaan berkata, “ ibu bapa saya dirumah tidak solat mana mungkin saya boleh solat, ustazah”. Kak Zi berkata pada anak muridnya,’ ustazah tidak ada hak untuk memukul kamu jika kamu tidak menyiapkan kerja rumah melainkan menghukum kamu. Tetapi jika kamu tidak solat ustazah ada hak untuk memukul kamu kerana itu adalah sunnah’. Ibu bapa pula tidak perlulah menyerang kerana anak mereka mengadu dipukul. Itu merupakan tanggungjawab sebagai ustazah menyuruh anak didiknya mempelajari agama. Ini yang dikatakan ibu bapa yang jahil tentang agama. Anak-anak menganggap ibu bapa mereka sebagai ‘role model’ kepada mereka. Oleh hal yang demikian, anak-anak mengikut jejak langkah mereka.


-PENYELESAIAN-
Sebagai penyelesaian untuk isu ini. Kak Zi telah mempergunakan pelbagai teknik untuk menyebarkan dakwah dan pengajaran terhadap anak-anak didiknya. Kak Zi mengunakan teknik mengikut perkembangan remaja zaman kini iaitu melalui rangkaian perhubungan tanpa sempadan ‘ facebook’. Kak Zi memberi nasihat kepada anak didiknya menerusi pencawang berkenaan. Sebagai contoh, didalam laman web berkenaan boleh di muat turun gambar-gambar. Kak Zi menegur anak didiknya yang memuat turun gambar tidak bertudung didalam rangkaian tersebut. Kak Zi menegur dengan cara yang lembut agar anak didiknya menerima teguran itu.
Seperti dalam dakwah tidak boleh sama sekali lari daripada apa yang digariskan oleh al- Qur’an, iaitu Hikmat kebijaksanaan, Nasihat pengajaran yang baik dan Mujadalah ( berbahas ) dengan cara yang baik, sebagaimana Firman Allah SWT :
Terjemahan : Serulah ke jalan Tuhanmu ( Wahai Muhammad ) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
( Surah al Nahl :125 ).


-CADANGAN-
                        Cadangan Kak Zi dalam menyebarkan dakwah ialah pendakwah memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mendidik begitu juga dalam menyebarkan dakwah. Dalam bidang agama untuk menyebarkan dakwah Kak Zi berkata “ Sebelum kita mendakwahkan orang lain, Kita perlu mendakwahkan diri kita dahulu”. Hal ini demikian kerana, apabila kita menyebarkan dakwah orang lain akan yakin dengan dakwah yang kita sebarkan. Justeru, sebagai pendakwah harus mempunyai kesabaran yang jitu agar mereka dapat melihat keikhlasan kita berdakwah.

-KESIMPULAN-
                        Harapan Kak Zi pada topik yang dibincangkan adalah semua orang boleh berubah dari persepsi dalaman dan luaran. Tetapi yang penting ialah melalui penerimaan orang terhadap agama Islam. Kak Zi berkata remaja zaman sekarang sangat teruk dan rendah akhlaknya. Dan harapan Kak Zi remaja zaman sekarang dapat berubah akhlaknya menjadi manusia yang soleh dan solehah agar dapat mencapai Al-Jannah dan Firdausi kelak di akhirat sana. Jika dibandingkan remaja zaman dahulu mereka lebih beradab sopan dan mempunyai budi pekerti yang mulia. Mereka menghormati orang tuanya dan tidak menyakiti hati sesama manusia. Dapat dilihatkan zaman sekarang iaitu pembuangan bayi dan gejala social remaja masa kini iaitu isu bercumbu-cumbuan dan berpegangan tangan. Oleh hal yang demikian, sebagai penutup topic ini Kak Zi menyatakan bahawa didikan agama penting untuk anak-anak sedari mereka dilahirkan. Apabila umur mencecah 7 tahun harus di suruh solat dan belajar berpuasa. Apabila berumur 10 tahun harus di pukul apabila ingkar melakukannya. Konklusinya, didikan agama penting untuk kehidupan seharian.

-PENUTUP-
Bersyukur kehadrat ilahi dengan bantuan,kerjasama dan rujukan daripada semua pihak yang terlibat,saya dapat menyelesaikan tugasan ini.Diharapkan tugasan ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan kepada remaja masa kini.

           Melalui temubual ini,terdapat beberapa kesimpulan  yang dibuat iaitu kita hendaklah berusaha berubah diri kita agar jadi yang terbaik seperti kata sesetengah orang “ rupa tidak boleh diubah tetapi sikap boleh diubah”. Setiap manusia pasti akan ada yang melakukan kesilapan. Justeru, berusahalah untuk memperbaiki kesalahan itu agar diredai oleh orang lain dan Allah SWT.


         Hendaklah kita selalu bermusahabah (memperhitungkan diri) dan membuat penelitian terhadap diri kita masing-masing untuk mempertingkatkan amalan yang sedia ada dan menjauhkan segala perkara yang tidak baik.Kita hendaklah menjauhkan diri dari golongan yang tersesat yang mana sifat-sifat mereka telahpun diterangkan oleh Rasullah SAW di dalam hadis-hadis berkenaan.


          Hendaklah kita memperuntukan masa yang cukup pada setiap masa yang cukup setiap hari untuk membaca al-quran.Bacalah al-quran sebelum ia diangkat daripada permukaan bumi ini.Hendaklah membacanya dengan baik,serta berusaha untuk memahami isi kandungannya.Ia adalah teman kita di malam yang sunyi .


        Akhir sekali di harapkan, agar semua ini menjadi pengetahuan dan iktibar untuk kita semua.

Sekian………


-RUJUKAN-

·         NOOR AZIRAWATI BINTI DARUS ( ustazah )

·         ZUBAIDAH BINTI WAN ( ibu saya )

Maksud ayat Al-Quran dari buku Prinsip Asas Islam

SEARCH INTERNET
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dakwah

1 comment: